ANAK sulung kepada bekas pasangan selebriti Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt iaitu Maddox secara rasmi menggugurkan nama 'Pitt' daripada nama keluarganya.Hakim di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles meluluskan permohonan pemuda berusia 25 tahun itu untuk menukar namanya daripada Maddox Chivan Jolie-Pitt kepada Maddox Chivan Jolie. Berdasarkan rekod, Maddox memfailkan dokumen permohonan pertukaran nama berkenaan secara sah pada 28 Mei lalu.Maddox membuat permohonan tersebut pada 28 Mei lalu. Bagaimanapun, wakil kepada Pitt, 62, memilih untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen berhubung keputusan mahkamah tersebut.Tindakan Maddox itu menyusuli jejak langkah adiknya, Shiloh yang terlebih dahulu menukar namanya secara sah daripada Shiloh Nouvel Jolie-Pitt kepada Shiloh Jolie pada Ogos 2024.Shiloh, 20, memfailkan permohonan pengguguran nama tersebut pada 27 Mei 2024 iaitu tepat pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18.Malah, beberapa adik-beradik lain turut dilaporkan mengambil pendekatan serupa untuk menjauhkan diri daripada Pitt dengan tidak lagi menggunakan nama keluarga aktor terbabit dalam urusan seharian.ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt dan kekasih mahu zuriat, pertimbang ambil anak angkat atau khidmat ibu tumpangARTIKEL BERKAITAN: Selepas cerai dengan Brad Pitt, Angelina Jolie belum jumpa cinta baharuPertukaran nama Maddox secara rasmi itu berlaku tepat 10 tahun selepas insiden membabitkan Pitt dan Jolie ketika berada di dalam pesawat peribadi pada September 2016. Ketika kejadian, Pitt didakwa bertindak kasar secara lisan dan fizikal terhadap salah seorang anak mereka ketika anak-anak lain turut berada di dalam pesawat berkenaan.Insiden itu menjadi antara perkara yang mendapat perhatian selepas Jolie memfailkan perceraian beberapa hari kemudian.Sekadar info, Jolie, 51, dan Pitt yang mengambil keputusan berpisah pada 2016 turut mempunyai empat lagi anak iaitu Pax, 22, Zahara, 21, serta pasangan kembar Knox dan Vivienne yang kini berusia 18 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube