suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon wanita dedah beberapa kali diminta buat babak ‘panas‘ dengan pakaian dalam

Radhika Apte dengan tegas menolak permintaan produksi itu.

PELAKON Bollywood, Radhika Apte mendedahkan pernah menerima permintaan tidak masuk akal daripada sebuah produksi yang menghendaki dirinya menjayakan babak hanya dengan mengenakan pakaian dalam.

Radhika, 41, berkata pengalaman membintangi beberapa naskhah yang menuntut adegan berani sebelum ini membuatkan segelintir pihak tersalah anggap kononnya dia sanggup melakukan apa sahaja tanpa sebarang batasan.

Radhika tidak mahu dirinya dipergunakan pihak produksi. 

Mengimbas kejadian tersebut, Radhika memberitahu pada awalnya dia diarahkan untuk melakonkan babak aksi dengan butang bajunya dibiarkan terbuka.

Namun, selepas dia memberi amaran bahawa bajunya berisiko terbuka ketika melakukan aksi lasak, pihak produksi sebaliknya bertanya sama ada dia sanggup melakukan babak tersebut hanya dengan memakai bra dan seluar dalam.

“Apa sebenarnya yang kita cuba capai?” soalnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kena ’scam’ RM100,000 angkara cinta media sosial dengan Lee Dong Wook

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga akhirnya dedah jantina anak, tatu badan inspirasi nama bayi perempuan

Radhika mendakwa pihak produksi berkenaan cuba memujuk dan meyakinkannya untuk bersetuju atas alasan dia sudah pernah melakonkan adegan berani dalam projek terdahulu.

Aktres itu bagaimanapun bertegas menolak permintaan mengarut tersebut namun memilih untuk merahsiakan identiti individu mahupun syarikat produksi yang terlibat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain