KEPUTUSAN pelakon Krisjiana Baharudin menjalani prosedur vasektomi mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan pengikut media termasuk luahan rasa bimbang tentang peluang mendapat cahaya mata lain jika dia bercerai dengan isterinya iaitu penyanyi Siti Badriah.Yakin dengan pendiriannya, Krisjiana juga menegaskan dia tidak pernah berfikir hubungan rumah tangga dengan Siti akan berakhir. "Sejak bila niat bernikah untuk cerai? Keputusan saya bernikah dengan Siti sehingga memilih menjalani vasektomi kerana saya percaya dia satu-satunya isteri dan ibu kepada anak-anak kami," tegasnya.Krisjiana tidak menyesal jalani prosedur vasektomi. Krisjiana menjawab perkara tersebut secara terbuka dalam sesi soal dan jawab (Q&A) di platform Instagram miliknya.Pelakon ini juga secara sinis menepis pertanyaan tentang usahanya untuk mendapatkan anak lelaki selepas dikurniakan dua cahaya mata.Baginya tidak adil untuk terus membebankan isteri dengan proses kehamilan hanya kerana mahu mendapatkan zuriat lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat Siti Badriah hamil lagi, Krisjiana korbankan ‘kelakian’ jalani prosedur vasektomi ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan suami curang, Siti Badriah pesan semak fakta sebelum buat spekulasi"Sejak bila rahim isteri berubah menjadi 'blind box' yang kita boleh terus mencuba jika gagal mendapatkan hasil."Saya rasa ego untuk memaksa isteri mencuba lagi dengan hasil yang belum tentu dapatkan anak lelaki," tegasnya.Krisjiana selesai menjalani prosedur berkenaan di sebuah pusat perubatan di Kota Tangerang, Banten, Indonesia pada 16 September atas alasan enggan membebankan isterinya melalui proses kehamilan.Untuk info, vasektomi adalah prosedur membabitkan proses memotong saluran sperma dalam alat kelamin lelaki untuk menghalang persenyawaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube