suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernikahan Andre Taulany dan Amanda Rigby jadi bualan, bekas isteri dakwa ada sebab kahwin mengejut!

Erin (kiri) membuat dakwaan yang mengejutkan ramai.

BEKAS isteri kepada pelawak dan pengacara Andre Taulany iaitu Rien Wartia Trigina mencuri perhatian ramai apabila secara berseloroh mendakwa aktres Amanda Rigby mungkin sedang hamil.

Rien atau lebih mesra disapa Erin membuat kenyataan tersebut ketika membalas komen seorang netizen yang menyebut mengenai perkahwinan bekas suaminya itu dengan Amanda yang dilangsungkan secara tertutup pada Ahad.

Menerusi ruangan komen, seorang netizen meluahkan rasa terkejut apabila hubungan Andre dan Amanda yang sebelum ini menjadi spekulasi akhirnya disahkan menerusi perkahwinan.

Andre dan Amanda (kanan) bernikah pada 20 September.

Menjawab komen tersebut, Erin secara berseloroh mengaitkan perkahwinan yang dilangsungkan dalam tempoh singkat itu berkemungkinan disebabkan Amanda sudah berbadan dua.

“Dah hamil dulu kot, sebab itu tergesa-gesa,” tulis Erin seperti dipetik Tribunnews.com.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan sekadar andaian dan gurauan Erin ketika membalas komen netizen, bukannya pengesahan bahawa Amanda sedang hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Andre Taulany bakal tamat zaman duda lepas setahun cerai, sudah daftar permohonan nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Capai kata sepakat, Andre Taulany dan isteri cerai luar mahkamah

Sehingga kini, Andre mahupun Amanda juga belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Andre dan Erin mendirikan rumah tangga pada Disember 2005 sebelum disahkan bercerai pada Oktober 2025.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain