SELAGI masih bernyawa, penyanyi legenda Rhoma Irama menegaskan dia tidak pernah merancang untuk bersara daripada dunia seni.Bagi Rhoma, 80, kesibukan bekerja juga menjadi faktor dia dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental. "Kalau bersara, saya boleh kena strok. Jangan pernah otak ini berhenti berfikir."Jangan pernah badan ini berhenti bergerak. Harus selalu bersenam dan kreatif," katanya.Rhoma masih aktif menerima undangan menyanyi. Rhoma antara penyanyi veteran yang masih aktif sehingga hari ini sejak awal pembabitannya sebagai penyanyi sekitar tahun 1958.Berkongsi rahsia menjaga kesihatan, penyanyi ini memberitahu bahawa 'senaman' di atas tikar sejadah antara amalan yang perlu dijaga selain pemakanan sihat."Pertama sekali, beribadah dan beriman. Tubuh badan yang sihat datang daripada jiwa yang tenang.ARTIKEL BERKAITAN: Rhoma Irama jadi imam solat Jumaat di PestaporaARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun bercerai, Rhoma Irama dikhabar mahu rujuk dengan bekas isteri"Sekarang ini saya bersukan seperti berenang dan bersilat. Di atas sejadah pun kita boleh melakukan senaman. Bersukan tidak boleh ditinggalkan," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Rhoma kini sedang menanti pembikinan filem biografi tentang dirinya yang masih dalam proses perbincangan.Penyanyi ini berharap proses penggambaran dapat dilakukan segera supaya dia dapat terlibat dalam filem berkenaan."Sekarang ini masih dalam proses pemilihan dan penelitian. Semoga dapat dijalankan sebelum Rhoma Irama meninggal dunia supaya tidak digantikan dengan pelakon lain," kongsinya.