AKSI anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa sekali lagi mencuri perhatian apabila seluar dalamnya terdedah semasa membuat persembahan di festival Rock in Rio 2026 di Brazil.Dalam persembahan tersebut, Hwasa menyampaikan 13 lagu popular termasuk Twit, Maria, I’m A B, Don’t dan Good Goodbye di hadapan lebih 80,000 penonton. Bagaimanapun, aksinya ketika membawakan lagu I’m A B dan Don’t menjadi perhatian apabila pakaian dalam yang dipakainya kelihatan ketika melakukan beberapa gerakan tarian di atas pentas.Antara aksi Hwasa yang jadi perhatian.Ketika menyampaikan lagu Don’t, penyanyi berusia 29 tahun itu melakukan koreografi di lantai sebelum pakaian dalamnya kelihatan seketika, sekali gus mencetuskan sorakan penonton.Aksinya pada permulaan lagu I’m A B pula dilihat lebih mencuri perhatian apabila Hwasa mengambil posisi dengan penuh yakin sehingga pakaian dalam berendanya kelihatan dengan jelas.Gaya persembahan tersebut dianggap bersesuaian dengan konsep dan suasana lagu berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Air panas tertumpah atas lantai, kaki Hwasa melecur tahap dua... Mujur tubuh selamatARTIKEL BERKAITAN: In-ear monitor meletup atas pentas, Hwasa (Mamamoo) alami masalah pendengaranKedua-dua klip persembahan itu kemudiannya tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.Dalam pada itu, persembahan berkenaan turut mencipta sejarah apabila Hwasa menjadi penyanyi solo wanita K-Pop pertama yang membuat persembahan di pentas utama festival Rock in Rio.