suria

Bukan nak jadi hero, Denny Sumargo hanya beri ruang DJ Panda bersuara

Denny (kanan) tidak menyebelahi DJ Panda.

TINDAKAN pelakon Denny Sumargo membangkitkan isu panas melibatkan aktres Erika Carlina dan bekas kekasihnya, DJ Panda menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. 

Ada yang beranggapan Denny sengaja memperbesarkan perkara tersebut dengan mengundang DJ Panda sebagai tetamu dalam rancangan podcast kendaliannya. 

Tidak kurang juga luahan kurang senang sesetengah pihak yang melihat pelakon itu membela nasib Erika sedangkan aktres berkenaan hamil anak luar nikah. 

DJ Panda (kiri) akui hamilkan Erika. 

"Jika dikatakan ingin membantu tidak juga. Saya beri ruang untuk DJ Panda menceritakan versinya supaya diselesaikan secara terbuka dengan baik. 

"Isu ini tidak bagus. Jangan sampai menimbulkan polemik dalam masyarakat. Kita perlukan DJ Panda untuk selesaikan. 

"Jika ada yang kata saya membela Erika itu hanya satu perspektif," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Erika Carlina terima ancaman, buat laporan polis terhadap DJ Panda 

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Erika Carlina sedia jadi ‘pak sanggup’, nekad teman buah hati masuk bilik bedah

Dalam masa sama Denny juga menegaskan niatnya hanya untuk berkongsi pendedahan dan bukannya menjadi hero menyelesaikan masalah. 

Isu melibatkan Erika mula menjadi tumpuan selepas dia secara terbuka mendedahkan dirinya kini hamil sembilan bulan. 

DJ Panda kemudian tampil mengakui dia adalah bapa kandung bayi dalam kandungan itu dan dia melakukan hubungan intim bersama Erika pada Oktober tahun lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain