PENYANYI Jepun, Takasaki Mei, terpaksa meninggalkan kumpulan Meowmew selepas kontroversi membabitkan foto mesranya bersama seorang peminat kaya menjadi perhatian.Memetik laporan Koreaboo, Mei sebelum ini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti kumpulan susulan kontroversi yang tercetus pada Julai lalu. Kontroversi berkenaan bermula apabila seorang netizen mendakwa penyanyi itu mempunyai hubungan dengan seorang peminat lelaki yang juga dikatakan kaya.Mei sebelum ini sudah tampil memohon maaf secara terbuka.Tidak lama kemudian, beberapa foto intim yang didakwa membabitkan Mei dan peminat berkenaan turut tersebar di media sosial.Susulan perkara tersebut, pihak pengurusan pada awalnya memberi peluang kepada Mei untuk terus menjadi anggota Meowmew selepas dia memohon maaf serta mengakui kesilapannya.Keputusan itu turut dibuat selepas mendapat persetujuan anggota kumpulan lain untuk membenarkan Mei meneruskan kerjayanya bersama mereka.Bagaimanapun, keputusan berkenaan berubah selepas pihak pengurusan mendakwa Mei melakukan pelanggaran kontrak secara berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Padah bersikap biadap dengan pekerja, Chuu disingkirkan dari kumpulan LOONAARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game’ dituduh cabul wanita, dakwa hanya pegang tangan keliling tasik Menerusi pengumuman terbaharu, pihak pengurusan mengesahkan Mei bukan lagi anggota kumpulan Meowmew.Selepas pengumuman itu dibuat, akaun Mei di platform X turut ditukar kepada mod peribadi, manakala dia dilaporkan tidak lagi aktif berkongsi hantaran di Instagram.Sekadar info, Mei merupakan antara anggota pengasas Meowmew dan menyertai kumpulan tersebut sejak kemunculan pertama mereka pada Julai 2025.