suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Barang harus diingat wahai ceplos!” - Zahid bidas pihak desak Umno keluar kerajaan, ungkit siapa 'penentu' Anwar jadi PM

Ahmad Zahid ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2026.

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan geram dan membidas tindakan sesetengah pihak yang lantang mencabar parti itu supaya keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Ketika menjawab segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa Umno tidak sepatutnya didesak untuk meninggalkan pentadbiran Putrajaya.

Malah, beliau mengingatkan bahawa Kerajaan Perpaduan hari ini berdiri teguh hasil sokongan padu parti berkenaan, termasuklah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jangan minta kita keluar daripada kerajaan. Mereka mencabar (kita supaya) keluar daripada kerajaan… kalau berani.

"Barang harus diingat wahai ceplos ceplos. Kerajaan Perpaduan Malaysia ini jadi sebab Umno tau.

"Perdana Menteri jadi Perdana Menteri sebab sokongan Umno tau," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid mahu PRU16 disegerakan, bukan tuntutan tetapi kehendak rakyat

Zahid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut memberikan cabaran terbuka kepada pihak yang begitu mendesak Umno keluar kerajaan supaya mengeluarkan parti itu secara rasmi sekiranya khidmat dan sokongan mereka tidak lagi diperlukan di Putrajaya.

Tegasnya lagi, sekiranya mahu langkah itu dilaksanakan, Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan lebih awal bagi mendapatkan mandat baharu rakyat, atau usul undi tidak percaya harus dibentangkan secara telus di Dewan Rakyat.

Kenyataan Zahid turut disambut laungan “bubar” oleh para perwakilan. -The Star

 

Artikel Lain