suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid mahu PRU16 disegerakan, bukan tuntutan tetapi kehendak rakyat

Ahmad Zahid mahu segerakan PRU 16.

 

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan.

Dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada parti berkenaan kembali menerajui negara.

"Sudah tiba masanya PRU16 disegerakan. Ini bukan tuntutan dan bukan juga harapan.

"Ini kehendak rakyat. Cukuplah. Berikan peluang kepada kita kali ini," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, gelombang biru yang mahu digerakkan bukan sekadar untuk memastikan Umno menjadi salah sebuah parti komponen dalam kerajaan.

Sebaliknya, beliau menyifatkan PRU16 sebagai medan penentu bagi parti itu mendapatkan mandat untuk menerajui negara.

Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, katanya, Umno perlu merangkul rakan-rakan lain bagi membina kerjasama dan memperoleh kemenangan bersama.

"Kita mesti merangkul rakan-rakan lain supaya dapat bekerjasama untuk mencapai kejayaan," ujarnya.

Ahmad Zahid turut menggunakan peribahasa Melayu, ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’ bagi membangkitkan semangat ahli parti.

"Apabila kita sudah memilih untuk berjuang, maka berjuanglah. Teruskan berjuang sehingga kita menang," tegasnya. -The Star

Artikel Lain