suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat lembaga akan datang

Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022.

PERMOHONAN pengampunan bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang.

Perkara itu dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri selepas keputusan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-63 pada Jumaat.

Menurut kenyataan dikeluarkan, lembaga berkenaan bersetuju supaya permohonan pengampunan Najib dibawa ke mesyuarat akan datang.

Mesyuarat tersebut berlangsung di Putrajaya dan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dalam mesyuarat sama, Seri Paduka Baginda turut memperkenankan pembebasan 65 banduan pada Jumaat.

BHEUU menjelaskan, semua banduan bukan warganegara yang dibebaskan menerusi keputusan tersebut perlu dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Proses penghantaran pulang itu perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pembebasan mereka.

Sebelum ini, permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah dijangka menjadi antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, ketika itu masih belum dapat dipastikan sama ada perkara tersebut akan diputuskan atau sekadar dibincangkan.

Untuk rekod, Najib, 73, disabitkan bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun, manakala dendanya diturunkan kepada RM50 juta.

Pada 22 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Alice Loke yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukumannya menerusi tahanan rumah.

Najib kemudian menarik balik rayuannya terhadap keputusan berkenaan. -The Star

Artikel Lain