suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kenapa wujud naratif salahkan keluarga?” - Bapa saudara nafi anjing serang Nur Haira milik mereka, dedah asal usul sebenar

Difahamkan haiwan-haiwan ini merupakan zuriat anjing pemburu yang dilahirkan di kawasan semak berhampiran kebun rumah datuk mangsa.

AHLI keluarga kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi yang menjadi mangsa serangan anjing di Batu Pahat, Johor menafikan dakwaan bahawa haiwan itu adalah peliharaan keluarga mereka.

Bapa saudara mangsa, Shahrizal Mohd Hanafiah menjelaskan, haiwan tersebut sebenarnya merupakan zuriat anjing pemburu yang dilahirkan di kawasan semak berhampiran kebun, sebelum dibiarkan hidup secara liar di kawasan tersebut.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini. Sekali lagi saya tegaskan, anjing tersebut adalah zuriat anjing pemburu.

“Dilahirkan di semak kebun, dibiarkan hidup seperti mana haiwan lain seperti babi hutan, monyet liar dan lain-lain,” katanya.

Antara dakwaan yang tersebar di media sosial.

Antara dakwaan yang tersebar di media sosial.

Dalam masa sama Shahrizal turut mempersoalkan tentang tuduhan seperti itu ketika ahli keluarganya masih berduka dengan tragedi yang menimpa Nur Haira pada 5 September lalu.

"Adakah membiarkan anjing tersebut hidup bermaksud kami memilikinya? Kenapa perlu wujud naratif untuk menyalahkan keluarga mangsa?," luahnya menerusi perkongsian di Threads pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya nampak depan mata, darah-darah” - Abang sulung meraung kenang detik hitam Nur Haira digigit 5 anjing liar

Menurut Shahrizal lagi, pihak keluarga sentiasa menghormati usaha mana-mana kumpulan yang memperjuangkan hak dan nasib haiwan, namun memohon agar penderitaan Nur Haira yang kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) turut dihormati.

"Hentikan spekulasi dan tuduhan tak berasas. Ujian mereka dah cukup besar. Saya merayu sangat-sangat," katanya.

Sementara itu di ruangan komen, warga maya berkongsi beberapa tangkap layar dakwaan pihak tertentu dengan mengaitkan datuk mangsa adalah pemilik anjing tersebut.

Dakwaan itu juga mengatakan anjing-anjing tersebut digunakan bagi tujuan menjaga kebun keluarga mereka.

Dalam perkongsian yang berlainan, Shahrizal yang bertemu dengan ibu bapa mangsa memaklumkan Nur Haira setakat ini masih belum memberi reaksi positif.

"Berjurai air mata mendengar perkembangan terkini adik Haira. Bahagian kepala dan pipi masih belum boleh dibedah sepenuhnya. Adik Haira belum memberikan respons positif.

"Kecederaan lain tak sanggup saya dedahkan secara terperinci. Terima kasih rakyat Malaysia kerana tak putus-putus mendoakan adik Haira. Moga Allah membalas jasa baik kalian," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi Sabtu, 5 September lalu, mangsa diserang lima ekor anjing liar di hadapan rumah neneknya di Kampung Tambak, Sungai Kelambu.

Kejadian disedari nenek mangsa selepas melihat pintu gelangsar rumah terbuka sebelum mendapati cucunya sedang dikerumuni dan digigit haiwan berkenaan.

Serangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah termasuk luka pada bahagian kepala dan pipi.

Artikel Berikut

Artikel Lain