suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu di Serian kembali ‘mengganas’, IPU cecah 222… Sepuluh kawasan lain di Sarawak turut catat tahap tidak sihat

Serian mencatatkan bacaan IPU 222 pada Jumaat. -Foto Zulazhar Sheblee/SMG

SERIAN, Sarawak sekali lagi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat susulan keadaan jerebu setakat pukul 6 petang Jumaat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian mencatatkan bacaan IPU 222.

Dalam masa sama, 10 kawasan lain di Sarawak turut merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat.

Kawasan berkenaan ialah Sri Aman dengan bacaan IPU 186, Samarahan (185), Kuching (181), Sarikei (160), Samalaju (157), Bintulu (157), Sibu (156), Mukah (153), Miri (151) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (126).

Secara keseluruhan, sebanyak 48 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Ia termasuk Pasir Gudang, Johor yang sebelum itu merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat pada Jumaat.

Sementara itu, sembilan kawasan lain merekodkan kualiti udara pada tahap baik.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.-The Star

Artikel Lain