Ahmad Fadzli (tengah) ketika sidang media perincian sambutan Jubli Perak di Shah Alam pada Jumaat. - Foto Art Chen/SMG
SELANGOR mengumumkan 25 Oktober sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, memandangkan tarikh berkenaan jatuh pada Ahad, maka Isnin, 26 Oktober ditetapkan sebagai cuti gantian. Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan perincian sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Menurut Ahmad Fadzli, pelaksanaan cuti khas itu adalah sama seperti cuti peristiwa pada 1 September lalu sempena kejayaan Selangor muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2026.Cuti berkenaan terpakai kepada semua penjawat awam persekutuan dan negeri yang berkhidmat di Selangor.Bagi sektor swasta pula, majikan digalakkan memberikan cuti kepada pekerja masing-masing, namun tertakluk kepada budi bicara majikan dengan mengambil kira keperluan operasi serta kesinambungan perkhidmatan dan perniagaan.Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, kira-kira 20 program dan acara rasmi akan diadakan sempena sambutan Jubli Perak berkenaan bermula 28 September hingga 1 November.Senarai penuh program akan diumumkan menerusi platform media sosial Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Sultan Selangor, Fahrin Asmawi dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Muhammad Hanafi Ahmad.