suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi duka empat sahabat menjelang Maghrib… Dua kanak-kanak lelaki maut jatuh longkang

Dua kanak-kanak maut dipercayai lemas. -Gambar hiasan

DUA kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim, Kedah pada Isnin malam.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira pukul 7.30 malam itu, dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun cedera sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring menerusi kenyataan awal mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, anggota Balai Polis Sungai Karangan yang tiba di lokasi mendapati dua mangsa telah dibawa ke hospital, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan lanjut berhubung punca kejadian itu masih dijalankan.

Artikel Lain