DUA lagi kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim, Kedah pada Isnin malam disahkan meninggal dunia.Perkembangan itu menjadikan keseluruhan empat kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun maut dalam kejadian berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring, empat kanak-kanak itu dipercayai cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang.Berdasarkan temu bual dengan ibu mangsa, kesemua kanak-kanak berkenaan keluar bermain bola sebelum bola itu terjatuh ke dalam longkang."Longkang berkenaan dianggarkan mempunyai kedalaman 3.05 meter dan lebar 1.83 meter. Tiada saksi yang melihat kejadian itu berlaku," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi duka empat sahabat menjelang Maghrib… Dua kanak-kanak lelaki maut jatuh longkangMangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, dan adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8.Dua lagi mangsa ialah Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.Terdahulu, media melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian.Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun cedera sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.