suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita maut ditikam suami 13 kali, suspek serah diri selepas hantar anak di R&R Juru

Pergaduhan yang tidak terkawal boleh membawa kepada tindakan di luar batas. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 39 tahun maut selepas dipercayai ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya susulan pertengkaran di rumah mereka di Taman Tiram, Kulim, Kedah pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, mangsa dikenal pasti sebagai S. Sila dibawa ke Hospital Kulim oleh ahli keluarganya dan disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam.

Dia berkata, suspek berusia 43 tahun yang tidak bekerja pergi ke Balai Polis Lunas pada pukul 8.40 malam dan memaklumkan bahawa dia telah menikam isterinya di rumah mereka.

"Suspek turut menyerahkan sebilah pisau lipat dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Syamsul, kejadian berlaku di bilik tidur utama rumah teres setingkat yang didiami pasangan berkenaan bersama anak mereka berusia tiga tahun.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa yang dipercayai tercetus akibat rasa cemburu.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui kesan dipercayai darah pada cadar, bantal, kepala katil dan beberapa barangan di atas katil. Sebanyak 11 sampel berkaitan kejadian telah diambil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan masak sebab nak pergi kelas tarian, isteri maut dipukul suami depan anak-anak... Laporan bedah siasat dapati tulang leher patah, usus rosak

Syamsul berkata, suspek mengaku menikam mangsa sebanyak 13 kali menggunakan pisau lipat berkenaan.

"Selepas kejadian, suspek mandi dan mengambil anaknya daripada pengasuh sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada kakaknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang.

"Suspek turut memberitahu kakaknya bahawa dia telah menikam isterinya sebelum pergi ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri," katanya.

Dia berkata, suspek ditahan pada pukul 9 malam, manakala sebilah pisau lipat sepanjang 20 sentimeter dirampas sebagai bahan bukti.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - The Star.

Artikel Lain