suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan masak sebab nak pergi kelas tarian, isteri maut dipukul suami depan anak-anak... Laporan bedah siasat dapati tulang leher patah, usus rosak

Kelas tarian menjadi pilihan golongan wanita untuk mendapatkan bentuk badan idaman. -Gambar hiasan AI

HANYA kerana mahu menghadiri kelas tarian, seorang wanita maut selepas didakwa dipukul suaminya kerana enggan menyediakan makanan untuk keluarga.

Kejadian berlaku di kediaman pasangan itu di Nagpur, Maharashtra, India pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Yamini Krishna Lal Yadav, 38, manakala suaminya, Krishna Lal Yadav, 41, telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Pasangan terbabit mempunyai dua anak yang masih kecil.

Menurut polis, Krishna Lal pulang dari tempat kerja sebelum meminta isterinya menyediakan makanan untuknya dan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Yamini ketika itu sedang bersiap untuk menghadiri kelas tarian yang diadakan di kawasan perumahan mereka lalu enggan memasak.

Perselisihan faham tersebut kemudiannya bertukar menjadi pertengkaran sebelum Krishna Lal yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol bertindak ganas.

Lebih menyayat hati, suspek didakwa memukul bahagian leher dan perut isterinya di hadapan dua anak mereka.

Selepas dipukul, Yamini mengadu mengalami kesakitan teruk pada leher dan perut sebelum meminta suaminya membeli ubat tahan sakit.

Bagaimanapun suspek tidak berjaya mendapatkan sebarang ubat tahan sakit kerana farmasi telah ditutup.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan keadaan mangsa semakin merosot dengan perutnya mula membengkak dipercayai akibat kecederaan dalaman yang serius.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Pada awalnya, polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kematian mengejut sebelum mayat mangsa dihantar untuk proses bedah siasat.

Bagaimanapun, laporan bedah siasat menemukan kecederaan serius termasuk tulang leher yang patah serta kerosakan teruk pada bahagian usus.

Abang mangsa berkata, keluarganya pada mulanya menyangka Yamini meninggal dunia akibat kejadian tidak disengajakan sebelum laporan bedah siasat mendedahkan kesan cekikan dan kecederaan dalaman.

"Kami berada di Mumbai ketika menerima panggilan yang memaklumkan adik saya meninggal dunia.

"Laporan bedah siasat menunjukkan dia telah dicekik dan mengalami kecederaan pada bahagian perut. Berdasarkan penemuan itu, polis segera mendaftarkan laporan dan menahan adik ipar saya," jelasnya.

Susulan hasil bedah siasat, polis menyoal siasat suspek sebelum menahannya atas pertuduhan membunuh.

Siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih dijalankan. -Agensi

Artikel Lain