suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita masalah mental, ibu bunuh anak lelaki usia dua tahun sebab anggap macam syaitan

Kanak-kanak kecil tidak sepatutnya dibiarkan sendirian tanpa pengawasan orang tua. -Gambar hiasan AI

MENGANGGAP anak lelakinya sebagai ‘syaitan’, seorang wanita tergamak membunuh kanak-kanak berusia dua tahun itu di rumah mereka di Frankfort, Illinois, Amerika Syarikat.

Corie Walsh, 38, kini berdepan pertuduhan membunuh susulan kematian anaknya dalam kejadian pada 1 September lalu.

Menurut dokumen mahkamah, mangsa ditemukan oleh seorang jiran di ruang bawah tanah kediaman keluarga berkenaan.

Jiran tersebut segera melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) terhadap kanak-kanak itu sebelum menemukan ibunya di dalam tab mandi, dipercayai sedang mencederakan diri menggunakan sebilah pisau.

Susulan itu, anaknya dikejarkan ke hospital, namun kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat asfiksia atau kekurangan oksigen.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Walsh didakwa memberitahu penyiasat bahawa dia membunuh anaknya kerana menganggap kanak-kanak tersebut sebagai ‘syaitan’.

Dalam satu kenyataan, peguam Walsh mendakwa anak guamnya mengalami episod psikosis ketika kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, kes berkenaan masih melalui proses perundangan dan dakwaan terhadap Walsh belum dibuktikan di mahkamah.

Beberapa saksi turut mendakwa wanita berkenaan mengikuti secara dekat perbicaraan kes Lindsay Clancy di Massachusetts.

Clancy merupakan seorang ibu yang didakwa membunuh tiga anaknya pada 2023 ketika dipercayai mengalami psikosis selepas bersalin. -Agensi

Artikel Lain