suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesai jalani hukuman penjara kes rogol 2 wanita, doktor warga asing dihantar pulang ke negara asal

Mahboob diusir dari Australia selepas selesai menjalani hukuman penjara. -Foto Facebook

SEORANG doktor dijatuhi hukuman penjara sebelum dihantar pulang ke negara asalnya selepas didapati bersalah merogol dua pekerja seks kerana memperdayakan mereka menggunakan bukti pembayaran palsu.

Faraz Mahboob, 32, didapati bersalah atas dua pertuduhan rogol selepas gagal membayar perkhidmatan seks seperti yang dipersetujui.

Mahboob melakukan kesalahan itu di New South Wales, Australia, ketika masih bergelar pelajar perubatan pada Januari 2025.

Berdasarkan keterangan, mangsa pertama bersetuju melakukan hubungan seks selepas Mahboob menunjukkan keputusan ujian darah yang membuktikan dia bebas penyakit kelamin.

Mahboob kemudian menghantar bukti pembayaran palsu yang kononnya menunjukkan dia telah memindahkan sejumlah wang ke akaun bank milik mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor gila seks guna ubat bius, rogol kenalan dan pesakit tak sedarkan diri

Mahboob turut menghubungi mangsa kedua menggunakan nama samaran “Akshay” sebelum mereka bertemu untuk melakukan hubungan seks.

Selepas pertemuan itu, Mahboob sekali lagi gagal membuat pembayaran seperti yang dijanjikan kepada wanita berkenaan.

Kedua-dua mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan Mahboob.

Mahboob dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan dengan tempoh tanpa parol selama setahun lima bulan selepas disabitkan atas dua pertuduhan rogol.

Dia dibebaskan secara parol pada 6 Jun 2026 sebelum dihantar pulang ke Britain oleh pihak berkuasa imigresen Australia. - Agensi

 

Artikel Lain