SEORANG bayi perempuan berusia tiga bulan berada dalam keadaan kritikal selepas didakwa menjadi mangsa rogol pada Selasa.Menurut polis, suspek utama merupakan seorang lelaki dikenali sebagai Jetendra, 35, yang juga jiran kepada keluarga mangsa. Susulan laporan yang dibuat bapa mangsa, suspek ditahan oleh polis India di sebuah kampung di Mainpuri, Uttar Pradesh, pada Rabu.Dalam satu kenyataan pada Khamis, polis berkata suspek berkunjung ke rumah jirannya sebelum membawa bayi itu keluar ketika ibunya sedang memasak."Suspek tinggal di kawasan kejiranan sama dan dikenali oleh keluarga bayi itu. Dia masuk ke rumah dan mula bermain dengan bayi itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ketua pusat jagaan orang kurang upaya rogol tiga penghuni, berulang kali lakukan serangan fizikal"Dia kemudian membawanya ke luar. Memandangkan keluarga itu mengenalinya, mereka tidak mengesyaki sebarang salah laku," kata pegawai polis, Anil Kumar Singh.Kira-kira setengah jam kemudian, suspek kembali ke rumah itu sebelum meletakkan bayi tersebut di atas katil bayi dan berlalu pergi."Bayi itu menangis teresak-esak. Apabila ibunya cuba untuk menenangkannya, dia melihat pendarahan teruk di bahagian sulit kanak-kanak itu," kata polis lagi.Keluarga itu segera membawa mangsa ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.Bayi itu kemudiannya dirujuk ke Kolej Perubatan Saifai dan kini berada dalam keadaan kritikal. - Agensi