SEORANG remaja lelaki meninggal dunia pada Isnin selepas dijangkiti Naegleria fowleri, iaitu sejenis amoeba pemakan otak.Moises Ponce Mendoza menghembuskan nafas terakhir beberapa hari selepas dia dibawa ke hospital akibat mengalami sakit kepala teruk. Pada awalnya, doktor membenarkan Moises pulang selepas pemeriksaan ringkas, namun keadaannya semakin merosot pada keesokan harinya.Ibunya kemudian membawanya ke jabatan kecemasan sebelum doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan akibat amoeba tersebut.Naegleria fowleri biasanya hidup dalam air tawar yang suam seperti tasik, sungai dan kolam, sebelum memasuki tubuh melalui hidung.ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu bayar iPhone secara ansuran jadi punca remaja 18 tahun, ibu bapa maut terjatuh gaungAmoeba itu boleh menyebabkan jangkitan serius pada otak dengan gejala awal seperti sakit kepala teruk, demam, loya dan muntah, sebelum menjadi lebih parah sehingga menyebabkan leher kaku, sawan dan koma.Penyakit berkenaan berkembang dengan pantas dan kadar kematiannya melebihi 97 peratus walaupun selepas rawatan diberikan.Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, hanya 173 kes jangkitan Naegleria fowleri direkodkan di negara itu sejak 1937.Pakar bagaimanapun memberi amaran bahawa peningkatan suhu air akibat cuaca semakin panas mungkin menyebabkan lebih banyak kes sama berlaku pada masa akan datang.Kematian Moises berlaku hanya beberapa hari selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Louisiana, Lillian Smart, meninggal dunia akibat jangkitan amoeba yang sama selepas berenang di sebuah tasik. - Agensi.