HASRAT memiliki iPhone bertukar tragedi apabila pertengkaran mengenai bayaran ansuran peranti dipercayai membawa kepada kematian seorang remaja bersama kedua-dua ibu bapanya pada Jumaat,Menurut laporan media tempatan, remaja berusia 18 tahun itu dikatakan membeli sebuah iPhone namun menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan. Dia dipercayai meminta wang daripada keluarganya bagi melunaskan bayaran berkenaan sebelum berlaku pertengkaran dengan bapanya.Selepas pertengkaran itu, remaja dikenali sebagai Kunal dikatakan meninggalkan rumah dan pergi ke sebuah bukit di kawasan Tisgaon di Maharashtra, India sekitar 10 pagi.Kedua-dua ibu bapanya kemudian menyusul ke lokasi berkenaan dan bersama penduduk setempat cuba memujuknya supaya turun.Usaha itu berlarutan hampir tiga jam, malah seorang bekas ketua kampung turut cuba menenangkan Kunal sebelum bapanya menghampiri remaja berkenaan.Bagaimanapun, ketika cuba menarik Kunal dari kawasan tebing, kedua-duanya dipercayai hilang imbangan lalu terjatuh ke dalam gaung.Lebih menyayat hati, ibu Kunal yang menyaksikan suami dan anaknya terjatuh kemudian turut terjun dari bukit.Ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Polis kemudian membawa mayat mangsa untuk bedah siasat dan membuka siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi.Rakaman video ketika penduduk cuba memujuk Kunal sebelum kejadian turut tersebar di media sosial.-Agensi