suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bau busuk bongkar misteri kehilangan janda, mayat disorok teman lelaki dalam but kereta 

Mayat mangsa ditemukan di dalam bonet kereta dengan keadaan berselimut. -Gambar hiasan AI

 

BAU busuk yang kuat dari sebuah kereta membongkar penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam but kenderaan tersebut.

Berdasarkan laporan, suspek berusia 34 tahun dipercayai membunuh mangsa yang merupakan teman wanitanya selepas mereka bertengkar.

Kejadian berlaku di Telangana, India apabila polis menerima maklumat mengenai bau busuk yang datang dari sebuah kereta diparkir di kawasan Elkathurthy Mandal, daerah Hanumakonda.

Menurut polis, pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemukan mayat seorang wanita yang dibalut dengan selimut di dalam but.

Identiti mangsa kemudiannya dikenal pasti menerusi kad pengenalan yang ditemukan di dalam kereta sebelum pihak berkuasa menghubungi ibu bapanya.

Hasil siasatan membawa kepada identiti suspek yang kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Tambah polis, mangsa dan suspek merupakan rakan sejak kecil, malah lelaki itu turut mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa wanita berkenaan.

Pada hari kejadian, mangsa dikatakan merancang untuk mengunjungi sebuah kuil di Tamil Nadu bersama suspek dan tinggal di bilik lelaki tersebut.

Bagaimanapun, pada 18 Ogos lalu, pasangan itu dipercayai terlibat dalam pertengkaran ketika berada di bilik suspek di daerah Karimnagar.

Suspek kemudian didakwa mencekik mangsa sehingga mati sebelum memasukkan mayatnya ke dalam but kereta dengan niat untuk membuangnya.

Bagaimanapun, rancangan tersebut tidak kesampaian apabila bau busuk dari kenderaan itu menarik perhatian sehingga perkara berkenaan dilaporkan kepada polis.

Setakat ini, motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan dan kes didaftarkan sebagai kes bunuh.

Mangsa dilaporkan tinggal bersama ibu bapanya dan pernah melalui dua perceraian.

Polis dalam siasatan awal turut memaklumkan wanita itu mempunyai masalah kesihatan termasuk epilepsi, manakala ibu bapanya yang sudah berusia dikatakan berdepan kesukaran menguruskan keadaannya. -Agensi

Artikel Lain