suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tahan bunyi bising, lelaki edar fon telinga percuma untuk penumpang bas suka pasang muzik kuat

Ada penumpang menerima fon telinga yang diberikan oleh Josh Goh dan ada juga menolak.

SEORANG lelaki mengambil pendekatan unik bagi menangani penumpang yang memainkan muzik atau video dengan bunyi kuat dalam pengangkutan awam.

Lelaki dikenali sebagai Josh Goh, 57, itu dikatakan mula membawa fon telinga baharu yang tidak digunakan sejak kira-kira dua bulan lalu untuk diberikan kepada penumpang yang mengganggu pengguna lain dengan bunyi daripada telefon mereka.

Dalam satu kejadian pada 16 Ogos lalu, Goh menghampiri seorang wanita di dalam bas yang sedang menonton video dengan bunyi kuat sebelum menawarkan sepasang fon telinga secara percuma.

Walaupun wanita itu pada awalnya menolak tawaran berkenaan, dia akhirnya menutup bunyi telefon selepas Goh beberapa kali menjelaskan bahawa fon telinga tersebut baharu dan percuma.

Kejadian dilaporkan berlaku di Singapura.

Menurut Goh, dia sudah menghampiri kira-kira lapan hingga sembilan penumpang setakat ini dan memberikan tiga hingga empat pasang fon telinga.

"Saya seorang yang suka menyelesaikan masalah. Jadi saya keluarkan fon telinga yang ada dan fikir cara ini mungkin dapat menyelesaikan masalah bunyi bising," katanya.

Tindakan itu turut mendapat pujian pengguna media sosial, malah ada yang menganggap pendekatan Goh lebih baik berbanding menegur penumpang secara kasar.-Agensi

 

Artikel Lain