suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acah-acah pelanggan ‘kayangan’ sewa tiga bilik serentak… Rupanya taktik kebas 3 buah TV 32 inci!

Tangkap layar (screenshot) memaparkan aksi seorang lelaki yang cuba menyembunyikan televisyen yang dicuri daripada bilik hotel di dalam beg. -Foto Tribun

TINDAKAN seorang lelaki yang dipercayai melarikan tiga unit televisyen dari tiga buah bilik hotel yang disewanya, berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel dekat Pasir Koja, Bandung, Indonesia, pada Isnin lalu.  

Dalam rakaman berkenaan, lelaki terbabit dilihat membawa televisyen menggunakan beg sebelum menuju ke sebuah kereta berwarna hitam yang diletakkan di kawasan hotel.

Pihak hotel mengesyaki lelaki itu tidak bertindak sendirian kerana terdapat seorang rakannya dipercayai menunggu di dalam kereta.

Menurut pengawal keselamatan hotel dikenali sebagai Nana, lelaki terbabit terlebih dahulu menempah tiga bilik dan beberapa kali meminta untuk melihat bilik sebelum membuat keputusan menyewa kesemuanya.

Dia kemudian menginap bermula malam 16 Ogos hingga awal pagi 17 Ogos.

"Dalam rakaman CCTV, lelaki itu dilihat keluar dari bilik seorang diri. Kehilangan televisyen disedari ketika petugas masuk untuk membersihkan bilik," katanya.

Rasa curiga pihak hotel timbul apabila lelaki terbabit dikatakan mahu melanjutkan tempoh penginapan, namun mendakwa bayaran akan dibuat oleh rakannya yang masih berada di dalam bilik.

Petugas kemudian cuba menghubungi individu berkenaan, tetapi tiada respons diterima dari ketiga-tiga bilik. 

Pemeriksaan lanjut mendapati tiga televisyen berukuran 32 inci di bilik yang diinap lelaki berkenaan 'ghaib'. 

Semakan rakaman CCTV kemudian mendapati lelaki terbabit membawa keluar televisyen menggunakan beg sebelum meninggalkan hotel melalui pintu belakang.

Difahamkan, ketika mendaftar masuk, lelaki itu turut didakwa menggunakan maklumat peribadi dan nombor telefon yang tidak sepadan dengan identiti sebenar, dengan alasan tempahan dibuat oleh rakannya.

Pihak hotel sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Sektor Babakan Ciparay, Kompol Kurniawan mengesahkan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Ujarnya, polis kini sedang mengesan identiti serta keberadaan lelaki terbabit dan rakannya. -Agensi

Artikel Lain