suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki bagaikan ‘dirasuk’, mengamuk nampak pemuda lain leka main PlayStation dengan bekas kekasih

Mencederakan pihak lain merupakan suatu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda mengaku bersalah di mahkamah pada Isnin selepas memukul rakan lelaki kepada bekas kekasihnya ketika dia menceroboh rumah wanita itu untuk mengambil konsol PlayStation miliknya.

Tertuduh, Lincoln Lim Jun Hong, 36, menceroboh masuk ke kediaman wanita berkenaan dengan menggunakan kata laluan kunci pintu elektronik yang masih dihafalnya sewaktu mereka berdua bergelar pasangan kekasih.

Ketika masuk, Lim terkejut apabila mendapati seorang lelaki lain, Baxter Chan Zu He, berada di dalam rumah tersebut sedang leka bermain permainan video bersama bekas kekasihnya itu.

Cemburu melihat situasi berkenaan, Lim kemudian mempersoalkan hubungan Chan dengan wanita itu sebelum berlaku pertengkaran. 

Ketegangan bertukar ganas apabila Lim mula menyerang Chan dengan menumbuk bahagian kepala, muka, serta rusuk mangsa berkali-kali dalam insiden yang berlaku di Singapura pada 19 Februari 2023.

Lim turut menindih Chan di sofa dan melepaskan tiga tumbukan ke arah kepalanya sebelum mengambil sebuah bangku plastik lalu membalingnya ke arah mangsa.

Akibat serangan itu, Chan mengalami beberapa kecederaan termasuk ibu jari kiri patah selain lebam di dahi, siku kiri dan tulang belikat serta luka pada jari.

Mahkamah menjatuhkan denda S$5,000 (kira-kira RM15,900) dengan hukuman penjara 25 hari jika gagal membuat bayaran.

Lim bagaimanapun sudah melunaskan denda berkenaan. -Agensi

Artikel Lain