PENDUDUK di sebuah kampung gempar apabila seekor induk kerbau melahirkan anak ganjil yang mempunyai dua kepala dan lapan kaki.Menurut laporan, proses kelahiran mengambil masa agak lama iaitu kira-kira empat hingga lima jam. Keadaan itu memaksa doktor veterinar dipanggil ke lokasi bagi membantu induk kerbau berkenaan yang mengalami kesukaran melahirkan anak.Bagaimanapun, sebaik sahaja anak kerbau itu berjaya dikeluarkan, doktor veterinar terkejut apabila mendapati ia mempunyai dua kepala yang bercantum serta memiliki lapan kaki.Berita mengenai kelahiran pelik itu kemudian tersebar dengan pantas menyebabkan orang ramai dari kawasan sekitar berpusu-pusu ke kampung berkenaan untuk melihat anak kerbau tersebut.Malangnya, anak kerbau itu dilaporkan mati tidak lama selepas dilahirkan, manakala induknya kekal dalam keadaan sihat.ARTIKEL BERKAITAN: Haiwan tekak manusia! Geng kambing pelik terselamat dari jadi kari... suka makan lepat tanpa daun pisang, sosej, minum susu berjenamaMenurut pegawai veterinar, kelahiran haiwan dengan keadaan sedemikian amat jarang berlaku dan biasanya berpunca daripada kecacatan ketika janin berkembang di dalam rahim.Haiwan berkepala dua boleh berlaku apabila embrio gagal berpisah sepenuhnya pada peringkat awal perkembangan, sekali gus menyebabkan kembar bercantum dengan beberapa bahagian tubuh yang berganda.Keadaan itu juga boleh menyebabkan haiwan berkenaan sukar bernafas, menyusu dan mengalirkan darah dengan sempurna. Dalam sesetengah kes, kembar bercantum mungkin berkongsi organ penting atau mempunyai organ yang tidak berkembang dengan sempurna.Disebabkan kecacatan yang serius, kebanyakan haiwan yang dilahirkan dalam keadaan sedemikian tidak dapat bertahan lama selepas kelahiran.Kejadian luar biasa itu berlaku di daerah Guntur, India. -Agensi