Ketagihan terhadap permainan judi mampu menjejaskan kewangan, emosi dan kehidupan seseorang. -Gambar hiasan
GARA-GARA kalah bermain judi dalam talian, seorang pemuda bertindak membakar rumahnya sendiri sebelum api merebak dan memusnahkan lima kediaman milik jiran lain.Kejadian berlaku di Desa Pemulutan Ilir, Kecamatan Pemulutan, Ogan Ilir, Sumatera Selatan, pada Jumaat. Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam (Humas) Polis Daerah Ogan Ilir, Iptu Mansyur, kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.Ujarnya, segala-galanya bermula apabila suspek berada di dalam biliknya sambil bermain judi dalam talian.Suspek dipercayai berang selepas mengalami kekalahan dan telefon bimbitnya pula mengalami masalah.Dalam keadaan marah, dia bertindak menghempas telefon berkenaan sebelum membakar selimut dan tilam di dalam biliknya."Selepas itu, suspek keluar dari bilik. Dalam keadaan emosi, dia membaling kayu, meja, tong gas dan beras ke arah dinding dapur."Tidak berhenti di situ, dia kemudian membakar langsir di tingkap bahagian hadapan dan tepi rumah," ujarnya.Melihat api merebak dengan pantas, suspek meninggalkan rumahnya dan duduk di tepi sungai sambil melihat rumahnya terbakar.Penduduk sekitar yang menyedari kejadian itu cuba memadamkan kebakaran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.Kebakaran akhirnya berjaya dikawal, namun api bukan sahaja memusnahkan rumah suspek, malah turut merebak ke lima rumah penduduk lain.Suspek berusia 28 tahun itu ditahan dan berdepan tindakan undang-undang mengikut Perkara 308 Kanun Keseksaan Indonesia berkaitan perbuatan yang menyebabkan kebakaran serta membahayakan keselamatan awam terhadap orang atau harta benda. -Agensi