SEORANG remaja lelaki didakwa membunuh datuknya yang berusia 85 tahun sebelum mencampakkan mayat mangsa ke dalam sungai.Menurut pihak berkuasa, kejadian yang berlaku pada 10 Ogos lalu di daerah Pali, Rajasthan, India itu dipercayai berpunca daripada masalah domestik. Remaja berusia 16 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan bersama seorang rakannya.Mayat mangsa ditemui pada 12 Ogos selepas penduduk tempatan memaklumkan kepada polis.Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kesan tikaman pada dada serta kesan pada leher dipercayai akibat dicekik.Polis kemudian mengambil keterangan ahli keluarga mangsa sebelum remaja terbabit mengaku melakukan pembunuhan itu.Siasatan turut mendapati remaja berkenaan dipercayai membuat carian internet mengenai cara membunuh sebelum kejadian. Telefon bimbitnya juga didakwa mengandungi carian berkaitan.Menurut polis, mangsa diserang menggunakan pisau dan pemutar skru sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam guni dan dibawa menaiki motosikal ke sungai.Remaja itu ditahan, manakala rakannya dan seorang lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai penjaga ladang turut ditangkap.Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar serta peranan setiap suspek. -Agensi