Petugas kesihatan sedaya upaya memberikan rawatan segera demi menyelamatkan nyawa pesakit. -Gambar hiasan
SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian alat sulit, gara-gara dipotong oleh isterinya.Kejadian berlaku di rumah mangsa di Desa Kunir Lor, Kecamatan Kunir, Lumajang, Indonesia, pada Jumaat. Mangsa yang dikenali sebagai FA, dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Dr Haryoto Lumajang untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan stabil.Sementara itu, suspek yang dikenali sebagai AY dan merupakan isteri mangsa kini telah ditahan polis untuk membantu siasatan.Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polres Lumajang, Ipda Suprapto, hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai bertindak demikian kerana cemburu."Berdasarkan keterangan suspek, dia sengaja memotong kemaluan suaminya kerana cemburu," katanya.Ujar Suprapto, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut sebelum suspek didakwa atas jenayah keganasan rumah tangga. -Agensi