SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menghidap autisme dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tingkap apartmen tingkat dua, sebelum disahkan positif dadah jenis kokain.Kejadian berlaku di kompleks apartmen Unity Terrace, Fairmont, West Virginia, pada Isnin lalu. Polis segera bergegas ke lokasi selepas menerima laporan daripada saksi yang melihat kanak-kanak itu terjun dari tingkap.Ketika tiba, polis mendapati jaring keselamatan pada tingkap unit apartment berkenaan sudah tiada.Ibu kanak-kanak malang itu, Stevie Thibodeaux, 30, memberitahu polis dia sedang tidur ketika anaknya keluar melalui tingkap.Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Ruby Memorial Hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.Menurut dokumen mahkamah, keputusan ujian pada keesokan harinya mendapati kanak-kanak terbabit positif kokain.Susulan penemuan itu, polis kembali ke apartmen berkenaan dengan waran geledah.Dalam pemeriksaan tersebut, pihak berkuasa dilaporkan menemui serbuk berwarna putih serta objek dikenali sebagai 'tooter', iaitu penyedut yang digunakan untuk menghidu dadah.Menurut penyiasat, wanita itu mengaku menggunakan kokain.Dia turut memberitahu bahawa dia meninggalkan pinggan yang mengandungi kokain di dalam almari pakaiannya, yang dipercayai boleh dicapai oleh anaknya.Thibodeaux kini ditahan di Penjara North Central Regional.Rekod penjara menunjukkan dia masih belum membuat pengakuan rasmi terhadap pertuduhan tersebut.Thibodeaux didakwa atas kesalahan pengabaian berat terhadap kanak-kanak sehingga mewujudkan risiko besar kematian atau kecederaan serius, satu kesalahan jenayah berat di West Virginia.Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.Kes itu masih dalam proses perundangan. -Agensi