suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua hari tak sedar penangan ubat tidur, ditanam dalam rumah... Lelaki terselamat daripada cubaan bunuh isteri sendiri

Lubang struktur berbentuk segi empat yang menjadi lokasi 'pengkebumian' seorang lelaki selepas cuba dibunuh oleh isteri sendiri. -Foto NDTV

SEORANG wanita ditahan selepas didakwa merancang pembunuhan suaminya dengan memberi ubat tidur, memukul mangsa menggunakan kayu pemukul sebelum cuba menanamnya di dalam sebuah lubang yang dibina di rumah mereka.

Kejadian berlaku di Baramati, Maharashtra, India.

Menurut laporan, rancangan itu didakwa bermula pada 30 Julai lalu apabila suspek berusia 38 tahun mencampurkan pil tidur ke dalam minuman suaminya sehingga mangsa tidak sedarkan diri selama dua hari.

Pada 1 Ogos, ketika mangsa mula tersedar, dia mendakwa dipukul berulang kali menggunakan kayu pemukul.

Suspek kemudian cuba memasukkannya ke dalam sebuah lubang yang diperbuat daripada batu bata dan simen sebelum cuba menutupnya menggunakan kepingan batu.

Namun, rancangan tersebut terbongkar apabila pekerja yang membina struktur berkenaan berasa curiga dan menyedari ada seseorang seperti terperangkap, sebelum bertindak menghubungi polis.

Menurut mangsa, ibunya yang turut berada di rumah ketika kejadian juga dipercayai diberikan pil tidur oleh isterinya, namun sempat menghubungi menghubungi adik-beradiknya yang lain untuk meminta bantuan.

Mangsa berkata, abangnya kemudian membuka pintu dan menemui dirinya di dalam lubang sebelum membawanya ke hospital.

Tambah mangsa, dia tidak menolak tindakan isterinya dipengaruhi unsur ilmu hitam. 

Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa. -Agensi

 

Artikel Lain