SEORANG lelaki warga asing ditahan selepas didakwa mengasari seorang penghantar makanan.Dalam kejadian awal pagi Ahad, suspek didakwa menampar dan membaling telur ke atas kepala mangsa yang dikenali sebagai Teeraphon Phon-anan. Teeraphon, 30, turut berkongsi kejadian itu di media sosial sehingga kes berkenaan mendapat perhatian ramai.Susulan hantaran tular itu, polis dari Balai Polis Bang Na, Bangkok, Thailand menahan suspek warga asing itu pada petang Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Warga asing makin biadab! Rider kena tampar, dibaling telur tepat atas kepala selepas hantar makanan di kondoBagaimanapun, polis masih belum memuktamadkan tindakan atau hukuman undang-undang yang bakal dikenakan terhadap suspek.Identiti dan kewarganegaraan lelaki warga asing itu juga masih belum didedahkan pihak berkuasa.Sebelum ini, media melaporkan Teeraphon diserang suspek selepas menghantar makanan di sebuah kondominium di Soi Udomsuk.Selain Teeraphon, beberapa individu lain turut tampil membuat laporan polis mendakwa mereka menjadi mangsa lelaki berkenaan. -Agensi