ENAM pegawai majlis bandaraya ditahan pada Isnin selepas didakwa mengutip wang daripada pelancong asing tanpa mengeluarkan dokumen rasmi.Menurut laporan, beberapa warga tempatan melihat sekumpulan lelaki berpakaian seragam mengutip wang di sekitar Jeti Bali Ha, Pataya, Thailand. Gambar yang dikongsi saksi menunjukkan kumpulan berkenaan memakai pakaian seragam berwarna biru gelap dengan vest pemantul cahaya berwarna hijau. Kumpulan itu dilihat mengawasi kawasan parkir dan dikatakan menyerupai anggota Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Bandaraya Pattaya.Menurut saksi, kumpulan terbabit menahan pengguna kenderaan, khususnya pelancong asing yang menunggang motosikal sebelum mengenakan denda. Sebahagian warga asing turut dilaporkan dikenakan denda kerana merokok di kawasan berkenaan.Saksi mendakwa jumlah yang diminta antara 2,000 hingga 3,000 baht (RM250 hingga RM375), namun tiada dokumen rasmi berkaitan denda diberikan. ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah jawatan kerajaan terbongkar, lebih 3,000 kertas peperiksaan dirampasLaporan itu menimbulkan persoalan sama ada lelaki terbabit mempunyai kuasa sah untuk mengeluarkan saman atas kesalahan lalu lintas atau pelanggaran peraturan awam.Dalam pada itu, Setiausaha Tetap Bandaraya Pattaya, Kiattisak Sriwongchai, berkata enam individu itu sudah dikenal pasti dan digantung tugas sementara siasatan dijalankan.Mereka terdiri daripada tiga pegawai penguat kuasa dan tiga petugas daripada sebuah syarikat luar yang dilantik untuk mengawasi kawasan berkenaan.Kiattisak mengakui tindakan mengenakan penalti terhadap kesalahan lalu lintas dan merokok di kawasan larangan bukan berada dalam skop tanggungjawab atau bidang kuasa keenam-enam individu terbabit. - Agensi