suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah jawatan kerajaan terbongkar, lebih 3,000 kertas peperiksaan dirampas

Kertas soalan yang diubah secara haram turut dirampas dalam serbuan berkenaan. -Foto Thaiger

SINDIKET yang didakwa menawarkan jalan pintas untuk mendapatkan jawatan dalam organisasi pentadbiran tempatan (LAO), akhirnya tumpas selepas pihak berkuasa menahan seorang suspek utama pada Isnin.

Apa mengejutkan, penahanan tersebut turut membongkar ribuan kertas peperiksaan dipercayai telah diubah secara haram.

Berdasarkan laporan, operasi itu dijalankan oleh Biro Siasatan Pusat menerusi Bahagian Anti-Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan susulan aduan serta bukti berkaitan penyelewengan dalam peperiksaan pengambilan kakitangan LAO.

Kejadian dilaporkan berlaku di Thailand.

Menurut penyiasat, sekumpulan ejen dan tenaga pengajar peperiksaan didakwa menawarkan bantuan kepada calon untuk mendapatkan jawatan kerajaan di lokasi pilihan mereka dengan menggunakan hubungan dalaman.

Calon yang berminat dipercayai diminta membayar antara 350,000 hingga 800,000 baht (kira-kira RM43,450 hingga RM99,300), bergantung kepada jawatan dan lokasi yang dipohon.

Siasatan kemudian membawa pihak berkuasa ke sebuah rumah di daerah Bang Yai, wilayah Nonthaburi yang dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket berkenaan.

Dalam serbuan pada 22 Jun lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dikenali sebagai Wichit yang merupakan Pengarah Bahagian Strategi dan Belanjawan di Perbandaran Wichian Buri, wilayah Phetchabun, bersama beberapa suspek lain.

Pemeriksaan di premis tersebut menemukan 18 set komputer yang digunakan untuk mengubah rekod peperiksaan, cakera keras luaran mengandungi data calon dari seluruh negara, senarai individu disyaki membayar wang sogokan serta lebih 3,000 kertas jawapan peperiksaan.

Daripada jumlah itu, kira-kira 2,000 kertas jawapan dipercayai telah diubah bagi meningkatkan markah calon sekali gus meningkatkan peluang mereka mendapatkan jawatan yang ditawarkan.

Berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa menganggarkan penyelewengan itu menyebabkan kerugian melebihi 450 juta baht (kira-kira RM55 juta), manakala calon yang didapati terlibat berdepan tindakan pemecatan atau hilang kelayakan untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain serta kemungkinan penglibatan pegawai kerajaan yang lain. -Agensi

Artikel Lain