suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pak guard rebah tercekik donat... Jantung terhenti 23 minit, alami kerosakan otak serius

Kejadian tercekik makanan boleh menyebabkan kematian. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengawal keselamatan yang tercekik donat semasa bekerja meninggal dunia selepas lebih sebulan bertarung nyawa di hospital.

Menurut keluarganya, Mohamed Nassar, 58, rebah gara-gara serangan jantung pada 8 Mei lalu selepas dia tercekik ketika sedang makan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bertugas di sebuah kedai serbaneka di Salford, berhampiran pusat bandar Manchester, England

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi berjaya memulihkan semula denyutan jantungnya sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, jantung Nassar terhenti selama 23 minit, menyebabkan kerosakan otak yang serius, menurut ahli keluarganya. 

Dia tidak pernah sedar semula dan meninggal dunia pada Ahad selepas bantuan pernafasan ditamatkan.

Nassar yang merupakan bapa kepada tiga cahaya mata berpindah bersama keluarganya dari London ke Manchester pada tahun 2020.

Dia pernah menjadi pemuzik, namun mula bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan sejak lima tahun lalu. -Agensi

Artikel Lain