suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 9 bulan parah dirogol kanak-kanak 12 tahun dalam bangsal zink!

Mangsa ditemukan dalam keadaan parah dan berlumuran darah. -Gambar hiasan AI

NIAT jahat seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun akhirnya terbongkar selepas anak saudara perempuannya dilaporkan hilang secara misteri dari kawasan rumah mereka.

Lebih menyayat hati, bayi perempuan yang baru berusia sembilan bulan itu bukan sahaja dilarikan, malah tergamak dirogol oleh suspek sehingga mengalami kecederaan fizikal yang amat parah.

Tragedi yang menyayat hati ini dilaporkan berlaku di Gorakhpur, Uttar Pradesh, India pada Jumaat, 19 Jun lalu.

Menurut laporan pihak berkuasa pada Isnin, tindakan luar kawalan kanak-kanak bawah umur itu didakwa berpunca daripada pengaruh tegar kandungan video lucah yang ditontonnya sebelum kejadian berlaku.

Pihak polis menjelaskan, suspek yang juga bapa saudara mangsa, menceroboh masuk ke dalam bilik dan melarikan bayi berkenaan dari sisi ibunya yang sedang nyenyak tidur pada waktu tengah malam.

Ibu mangsa hanya menyedari kehilangan anak kecilnya itu sekitar pukul 2 pagi selepas terjaga daripada tidur.

"Kami terus mencari mangsa di seluruh kawasan rumah dan kampung sepanjang malam, tetapi gagal menemui sebarang petunjuk," katanya.

Misteri kehilangan bayi malang itu akhirnya terjawab pada pagi Sabtu apabila beberapa penduduk kampung menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bangsal zink, kira-kira setengah kilometer dari rumahnya.

Lebih memilukan, bayi berkenaan ditemukan terbaring dalam keadaan dipenuhi kesan darah dan mengalami kecederaan parah pada anggota badannya. 

Hasil siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan soal siasat penduduk setempat akhirnya membongkar taktik kotor suspek.

Ketika disoal siasat oleh pihak berkuasa, kanak-kanak berusia 12 tahun itu akhirnya mengaku bersalah dan mendedahkan dia bertindak sedemikian kerana berada di bawah pengaruh alkohol serta ketagihan pornografi.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Nimesh Patil mengesahkan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa semakin stabil dan masih menerima rawatan intensif di hospital akibat trauma dan kecederaan fizikal yang serius. -Agensi

Artikel Lain