suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terdesak bayar hutang, ahli perniagaan berlakon diculik siap ikat tangan sendiri... Minta tebusan lebih RM200,000 daripada keluarga!

Jigneshbhai mengaku dia sebenarnya tidak pernah diculik ketika disoal siasat polis.

TINDAKAN nekad seorang ahli perniagaan berpura-pura diculik semata-mata mahu mendapatkan wang tebusan daripada keluarga sendiri akhirnya memakan diri apabila helah licik tersebut terbongkar hasil siasatan pihak polis.

Jigneshbhai, 36, menghantar mesej ugutan meminta wang tebusan, selain merakam sendiri video kononnya dia sedang dikurung dengan kedua-dua tangannya diikat pada jeriji besi menggunakan kain.

Kejadian bermula pada 12 Jun selepas isteri lelaki terbabit membuat laporan kehilangan di sebuah balai polis di daerah Surat, Gujarat, India, selepas suaminya gagal dikesan.

Tidak lama selepas laporan dibuat, ahli keluarga mula menerima beberapa mesej daripada telefon bimbit mangsa yang mendakwa dia telah diculik. 

Mesej itu turut menuntut wang tebusan sebanyak 5 juta Rupee India (RM219,249) sebagai syarat pembebasannya.

Malah, 'pengirim' turut mengugut akan membunuh Jigneshbhai sekiranya keluarga memaklumkan perkara itu kepada polis.

Ketika siasatan dijalankan, keluarga sekali lagi menerima sebuah video memaparkan lelaki itu dalam keadaan seolah-olah menjadi tebusan dengan kedua-dua tangannya diikat pada jeriji besi.

Polis kemudian menjalankan siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pemantauan teknikal serta maklumat risikan sebelum pada awalnya mengesyaki mangsa berada di daerah Ujjain, Madhya Pradesh.

Bagaimanapun, hasil penelitian terhadap video serta maklumat daripada rangkaian pemberi maklumat mendapati rakaman tersebut sebenarnya dibuat di Godhra.

Sepasukan polis kemudian melakukan pemeriksaan di beberapa hotel di kawasan itu sebelum menemui lelaki berkenaan dalam keadaan selamat di sebuah hotel.

Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku dia tidak pernah diculik dan mengatur sendiri keseluruhan rancangan setelah mengalami kerugian akibat pelaburan pasaran saham dan dibebani hutang tinggi.

Disebabkan terdesak, dia merancang penculikan palsu dengan mesej ugutan bagi memperdayakan ahli keluarga dan saudara-mara supaya menyerahkan wang tebusan.

Malah, sepanjang siasatan, polis turut meminta lelaki itu melakonkan semula bagaimana dia merakam video dirinya sendiri dengan tangan diikat pada jeriji besi bagi mengesahkan modus operandinya.

Siasatan mendapati tiada individu lain terlibat dalam kejadian itu dan keseluruhan rancangan dirancang serta dilaksanakan oleh suspek seorang diri. -Agensi

Artikel Lain