suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konon nak bagi lebih khasiat, bayi 3 bulan sesak nafas diberi susu formula dibancuh dengan jus sayur!

Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengikut arahan penyediaan susu formula yang disyorkan untuk mengelakkan bayi mereka mengalami komplikasi kesihatan. -Gambar hiasan

SEORANG bayi lelaki berusia tiga bulan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami keracunan nitrit parah, dipercayai akibat tindakan ibu bapanya membancuh susu formula menggunakan jus sayur.

Menurut laporan media tempatan, bayi malang tersebut dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Zhongshan di wilayah Guangdong, China, selepas menunjukkan simptom membimbangkan sejurus selesai menyusu.

Antara simptom dialami termasuk perubahan warna badan dan bibir yang menjadi kebiruan serta kesukaran bernafas.

Ketika disoal siasat, ibu bapa bayi berkenaan memaklumkan kepada doktor bahawa mereka sengaja menyediakan susu formula menggunakan jus sayur sebagai pengganti air kosong.

Mereka mendakwa berbuat demikian kerana terlampau percaya kononnya jus sayur jauh lebih berkhasiat serta kaya nutrisi berbanding air biasa yang lazim digunakan untuk membancuh susu formula.

Hasil pemeriksaan perubatan mendapati bayi terbabit sah mengalami keracunan nitrit, iaitu sejenis bahan kimia semula jadi daripada sayuran tertentu yang boleh menjejaskan keupayaan darah membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Bayi itu kemudiannya menerima rawatan rapi dan dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari menjalani rawatan.

Sementara itu, pakar pediatrik dari Hospital Rakyat Nanning, Cao Qi, mengingatkan ibu bapa supaya tidak memandang ringan simptom keracunan nitrit pada bayi.

Menurut beliau, sebarang kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengundang risiko serius kepada nyawa kanak-kanak.

"Menangguhkan rawatan walaupun hanya beberapa minit boleh membahayakan nyawa bayi," katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengikut arahan penyediaan susu formula yang disyorkan dan segera mendapatkan bantuan perubatan sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda luar biasa selepas menyusu. -Agensi

Artikel Lain