suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 14 tahun dirogol dalam tandas atas bumbung, pelaku dipercayai anak saudara tuan rumah sewa

Mangsa didakwa diseret dan dirogol ketika cuba menggunakan tandas di bahagian bumbung kediaman sewanya. -Gambar hiasan AI

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun berdepan detik hitam apabila mendakwa dirinya dirogol oleh anak saudara kepada tuan rumahnya sendiri.

Lebih mencetuskan kekecohan, insiden menyayat hati itu telah membangkitkan kemarahan luar biasa penduduk setempat sehingga mencetuskan protes besar-besaran termasuk penutupan operasi seluruh pasar di bandar berkenaan pada malam Khamis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Nagar Kotwali, India.

Berdasarkan kenyataan polis dari Balai Polis Nagar Kotwali, kejadian tersebut berlaku pada lewat malam Rabu apabila mangsa pergi ke tandas yang terletak di tingkat dua bahagian bumbung, bangunan kediaman sewa keluarganya.

"Ibu mangsa yang berasa curiga selepas mendapati anaknya tidak kembali ke bilik dalam tempoh yang lama bertindak naik ke tingkat atas untuk memeriksa keadaan. 

"Di situlah mangsa mendedahkan bahawa dia telah diseret secara paksa ke dalam tandas dan dirogol oleh suspek," jelasnya.

Kisah tersebut kemudiannya tersebar luas sehingga mengundang kehadiran ratusan penduduk dan aktivis sayap kanan ke balai polis bagi mendesak penangkapan segera.

Situasi tegang yang berlaku itu mengakibatkan pertengkaran mulut tercetus antara mereka dan pihak berkuasa.

Malah, sebagai tanda protes, kumpulan aktivis dan persatuan peniaga tempatan bertindak memaksa semua premis perniagaan di kawasan Paltan Bazaar ditutup serta-merta sambil melaungkan slogan bantahan terhadap pentadbiran polis.

Dalam pada itu, Pegawai Bulatan (Bandar), Swapnil Muyal mengesahkan kes kini disiasat di bawah Seksyen 65(1) dan 351(3) Bharatiya Nyaya Sanhita, serta Seksyen 3 dan 4 Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO). 

Tambahnya, usaha memburu suspek yang melarikan diri kini sedang giat dijalankan. -Agensi

Artikel Lain