SEORANG remaja didakwa menceroboh sebuah sekolah rendah sebelum meninggalkan air mani di dalam cawan tumbler milik seorang guru yang disimpan di dalam kelas pada April lalu.Tidak hanya itu, remaja itu kembali ke bilik darjah sama pada 4 Jun lalu sebelum membuang air kecil di atas kerusi guru berkenaan sebelum melarikan diri. Identiti suspek berjaya dihidu pihak sekolah hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di koridor luar bilik darjah sebelum membuat laporan polis.Pihak berkuasa berjaya menahan remaja berkenaan pada 8 Jun lalu atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda.Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Jeju, Korea Selatan.Ketika disoal siasat, pelajar itu dilaporkan mendakwa tidak mengenali guru terbabit dan menafikan perbuatannya itu mempunyai sebarang motif seksual. Malah dia mengaku perbuatan memasuki bilik darjah tersebut dilakukan ketika sedang mencari tandas.Bagaimanapun, Kesatuan Guru Jeju menggesa siasatan menyeluruh dijalankan kerana guru yang menjadi mangsa dilaporkan mengalami tekanan emosi yang teruk sehingga tidak dapat kembali mengajar di bilik darjah berkenaan.Menerusi kenyataan pada Selasa, polis kini sedang menyiasat sama ada perbuatan tersebut mempunyai unsur gangguan seksual atau disasarkan kepada individu tertentu.Pihak polis juga sedang mempertimbangkan permohonan waran bagi memeriksa telefon bimbit, komputer serta peranti digital milik pelajar terbabit. -Agensi