MAYAT seorang pelajar perempuan ditemukan terbaring tanpa seurat benang pada 14 Jun lalu.Mangsa, Iasmyn Eckhardt da Silva, 14, ditemukan oleh seorang penduduk tempatan di kawasan hutan di Foz do Iguacu, Parana. Detektif Marcelo Pereira Dias yang mengetuai siasatan berkata terdapat satu bongkah konkrit berlumuran darah dikesan berhampiran mayat.Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala serta muka dan siasatan utama kini tertumpu kepada kes bunuh.Penyiasat juga sedang meneliti kemungkinan berlakunya serangan seksual berdasarkan keadaan mayat mangsa.Bukti yang dikumpul di lokasi kejadian termasuk kondom sedang dianalisis sebagai sebahagian daripada siasatan. Dalam pada itu, penduduk memaklumkan mereka terdengar pertengkaran dan jeritan meminta tolong pada awal pagi 14 Jun.Saksi turut melaporkan mendengar sebuah kereta dan motosikal meninggalkan kawasan itu tidak lama kemudian. - Agensi.