SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis selepas mengaku membunuh teman wanitanya sebelum membuang mayat mangsa ke dalam tong sampah.Kejadian dilaporkan berlaku di Rayong, Thailand. Berdasarkan laporan, kejadian itu terbongkar apabila dua pekerja pengutip sampah terhidu bau busuk dari sebuah tong sampah pada Khamis.Susulan itu, mereka melakukan pencarian dan menemukan mayat remaja berusia 17 tahun itu yang disumbat ke dalam beg plastik.Lebih menyayat hati, mayat mangsa sudah pun mereput.Polis yang menjalankan siasatan kemudian mengenal pasti mangsa sebagai Chonticha, 17, yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarganya.Ibu bapanya datang dari Chon Buri ke Rayong untuk membuat pengecaman berdasarkan pakaian dan ciri fizikal mangsa.Menurut polis, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian abdomen, sekali gus membuatkan polis membuka kertas siasatan di bawah akta kes bunuh.Siasatan lanjut mendapati mangsa pergi ke rumah teman lelakinya, Peach, 16, sebelum insiden berlaku.Lokasi suspek berada kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi mayat ditemukan.Polis berkata, suspek kemudiannya mengaku membunuh mangsa selepas berang melihat remaja perempuan itu berhubung dengan lelaki lain menerusi media sosial.Dia didakwa menikam mangsa sebanyak dua kali di bahagian perut sebelum memasukkan mayat ke dalam plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah di tepi jalan. -Agensi