RASA cemburu buta melihat isteri sendiri berada di rumah bekas suaminya menjadi punca seorang lelaki tergamak menetak wanita berkenaan berkali-kali sehingga maut.Mangsa berusia 30 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas ditetak berulang kali sehingga menyebabkan empat jari tangannya putus, sebelum wajahnya turut ditikam kejam menggunakan sebilah pisau. Suspek yang bary berusia 23 tahun akhirnya berjaya ditahan 12 Jun lalu di rumah keluarganya di Panipahan, Rokan Hilir, wilayah Riau, Indonesia selepas melarikan diri sebaik sahaja melakukan jenayah tersebut.Ketua Polis Dumai, AKBP Angga Herlambang berkata, keluarga suspek sendiri menghubungi pihak polis sebelum lelaki itu berjaya diberkas.Angga berkata, suspek tidak melawan ketika ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dumai untuk membantu siasatan.Menurutnya, suspek mengaku membunuh isteri dalam kejadian yang berlaku pada 10 Jun lalu.Polis berkata, penahanan suspek berlaku beberapa hari sebelum perkembangan siasatan itu didedahkan kepada media pada Rabu.Siasatan mendapati suspek bertindak demikian kerana berang apabila mangsa enggan pulang ke rumah selepas dihubungi, malah berada di kediaman bekas suaminya sehari sebelum kejadian.Susulan kejadian itu, suspek berdepan pertuduhan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pembunuhan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati jika sabit kesalahan. -Agensi