SEORANG bekas peguam ditahan polis selepas dipercayai menggelapkan bayaran penyelesaian yang sepatutnya diserahkan kepada mangsa rakaman video voyeurisme. Kes pecah amanah berkenaan dilaporkan berlaku di Tokyo, Jepun.Berdasarkan laporan, suspek berusia 52 tahun itu didakwa mengambil bayaran berjumlah 300,000 yen (kira-kira RM7,695).Susulan itu dia ditahan Jabatan Polis Metropolitan Tokyo atas dakwaan menyalahgunakan wang yang diterima daripada pihak pelaku ketika rundingan penyelesaian kes pada 2023.Menurut polis, suspek dikenali sebagai Manabu Kishimoto, yang sebelum ini mengendalikan banyak kes melibatkan perbuatan merakam gambar atau video bawah skirt wanita secara rahsia.Mangsa dikatakan mendapatkan khidmat Kishimoto selepas mengetahui mengenai perkhidmatan bantuan kepada mangsa yang ditawarkannya menerusi internet.Bagaimanapun, selepas rundingan penyelesaian selesai, Kishimoto gagal dihubungi menyebabkan wanita berkenaan membuat laporan kepada Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.Hasil siasatan mendapati wang penyelesaian yang diterima daripada pihak pelaku tidak diserahkan kepada mangsa, sebaliknya dipercayai digunakan oleh suspek untuk membayar pinjaman perumahan.Polis memaklumkan Kishimoto mengaku melakukan kesalahan tersebut ketika disoal siasat.Tambahnya, siasatan lanjut turut mendapati suspek mungkin gagal menyerahkan kira-kira 13 juta yen (RM333,490) wang penyelesaian kepada 11 pelanggan lain dalam tempoh setahun antara 2022 hingga 2023.Susulan dakwaan itu, Kishimoto disingkirkan daripada Persatuan Peguam Tokyo pada Mei 2024, manakala polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti kemungkinan wujud lebih ramai mangsa. -Agensi