suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angkara petak parkir motosikal atas jalan... Wanita maut, suami cedera parah ditikam jiran sendiri

Sikap bertoleransi amat penting apabila tinggal dalam kawasan kejiranan. -Gambar hiasan AI

PERTELINGKAHAN yang dipercayai berpunca daripada isu parkir motosikal bertukar tragedi berdarah apabila seorang wanita maut selepas ditikam dalam satu kejadian tragis pada Sabtu.

Mangsa wanita berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala suaminya turut mengalami kecederaan parah akibat ditikam dan kini dirawat di sebuah hospital lain.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di kawasan Bindapur, Delhi, India, selepas pasangan berkenaan dipercayai bertengkar mulut dengan jiran mereka berhubung parkir motosikal di atas jalan sebelum perselisihan tersebut bertukar ganas.

Menurut polis, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.50 petang daripada seorang individu yang memaklumkan anak perempuan dan menantunya ditikam di bahagian perut.

Bagaimanapun, polis belum dapat mengesahkan sama ada mangsa ditikam oleh dua atau tiga lelaki dalam kejadian itu.

Sebaik anggota polis tiba di lokasi, kedua-dua mangsa sudah dibawa ke Hospital Deen Dayal Upadhyay (DDU) oleh orang awam.

Doktor mengesahkan wanita dikenali sebagai Aarti meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Suaminya, Vicky, yang turut mengalami kecederaan akibat ditikam kemudian dipindahkan ke Hospital Safdarjung untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati pertengkaran itu dipercayai berpunca daripada isu parkir motosikal di atas jalan sebelum suspek bertindak menyerang pasangan berkenaan menggunakan pisau.

Pihak polis kini sudah mengenal pasti suspek utama sebagai seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Pappu, serta seorang remaja bawah umur yang tinggal di kawasan kejiranan sama.

Pappu sudah pun ditahan bagi membantu siasatan, manakala pihak polis sedang giat memburu seorang lagi suspek yang dilaporkan masih melarikan diri. -Agensi

Artikel Lain