suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu masjid panik! Dua jemaah maut lepas kereta rempuh ruang solat, 30 lagi cedera

Tangkap layar rakaman sebuah kereta yang didakwa terbabas ke dalam masjid berkenaan.

 

DUA individu maut manakala 30 lagi cedera selepas sebuah kenderaan yang dipercayai mengalami kegagalan brek merempuh bangunan masjid di Karachi, wilayah Sindh, Pakistan pada Ahad.

Berdasarkan laporan, kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum melanggar kawasan masjid yang ketika itu dipenuhi jemaah.

Kejadian itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai, dengan mangsa yang cedera segera diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, pemandu terbabit ditahan bagi membantu siasatan, manakala kenderaan tersebut disita oleh pihak berkuasa.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menentukan sama ada terdapat unsur kecuaian yang menyumbang kepada kemalangan ngeri tersebut.

Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan detik kenderaan berkenaan merempuh masjid turut tular di media sosial. -Agensi

Artikel Lain