SEORANG wanita dilaporkan terbunuh dalam satu serangan bersenjata di pusat bandar Mexico City pada Isnin, hanya dua hari selepas dia tiba di negara itu untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2026.Mangsa, Alba Lucía Castañeda Torres, 19, terbang dari Bogotá ke Mexico City untuk menonton perlawanan bola sepak pasukan negaranya, Colombia. Setibanya di Mexico, perjalanan gadis itu diatur oleh seorang lelaki, Iván Luque, 45, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.Torres dan Luque diserang berhampiran Paseo de la Reforma di daerah Morelos, ketika mereka menaiki sebuah kereta.Menurut Sekretariat Keselamatan Awam, kereta itu diekori oleh beberapa individu yang menaiki dua buah motosikal. Di satu persimpangan, penyerang melepaskan tembakan ke arah kereta tersebut sehingga ia merempuh sebatang tiang, menyebabkan kedua-dua mereka meninggal dunia.Laporan media tempatan, tanpa pengesahan rasmi, menyatakan Luque sebenarnya mempunyai rekod jenayah.Penyiasat sedang meneliti sama ada serangan ini sebenarnya satu pembunuhan terancang terhadap Luque, dengan gadis itu turut menjadi mangsa, menurut sumber tersebut. -Agensi