suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janda muda kongsi pengalaman dikurung sindiket pemerdagangan manusia... Iklan kerja Facebook jadi punca!

Ramai wanita menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia. -Gambar hiasan

IMPIAN seorang wanita untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan lebih lumayan bertukar menjadi mimpi ngeri selepas didakwa menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Wanita berusia 26 tahun itu pada awalnya tertarik dengan tawaran bekerja sebagai kakitangan kafe dan restoran yang menawarkan gaji lumayan, selain kos perjalanan turut ditanggung sepenuhnya.

Mangsa yang dikenali sebagai Amelia itu merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga anak sebelum itu bekerja di sebuah kilang dengan pendapatan rendah.

Menurutnya, tawaran pendapatan Rp3 juta (RM730) sebulan di Tanjung Pandan, Belitung di Indonesia tersebut dilihat sebagai peluang untuk mengubah nasib dan memperbaiki kehidupan keluarganya.

Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di Belitung, dia mendakwa terus dikurung di sebuah asrama, dipaksa meneguk minuman keras sehingga pengsan serta diugut untuk melayan lelaki hidung belang.

Amelia berkata, tawaran pekerjaan itu ditemuinya menerusi Facebook dan seorang lelaki dikenali sebagai Govin menjadi penghubung antara dia dengan pihak yang menawarkan pekerjaan.

“Saya memang tergoda kerana dijanjikan wang pendahuluan. Kebetulan ketika itu saya sangat memerlukannya,” katanya dalam temubual bersama Kompas pada Isnin.

Amelia merupakan antara beberapa mangsa yang didakwa terperangkap dengan tawaran pekerjaan di media sosial sebelum dieksploitasi. -Agensi

Artikel Lain